Senarai Produk MasterCard MasterCard

Kad kredit

MasterCard ialah salah sebuah syarikat kad kredit gergasi di dunia, yang telah menerbitkan kad kredit sejak 1966. Kad kredit ini untuk kali pertama dilancarkan dengan jenama "Master Charge The Interbank Card" yang merupakan keputusan mesyuarat antara syarikat perbankan di California, tempat warisan kad kredit dilancarkan.

Kad debit

Rencana–rencana utama: Debit MasterCard, MasterCard Electronic, dan Maestro (kad debit)

MasterCard pula menerbitkan tiga jenis kad debit iaitu Debit MasterCard, MasterCard Electronic, Maestro (kad debit). Kad debit ini ialah kad debit yang diterima di rangkaian ATM yang mempunyai logo MasterCard/Maestro/Cirrus dan kedai-kedai yang mempunyai logo MasterCard/Maestro di seluruh dunia.

Kad prabayar (PayPass)

Rencana utama: MasterCard Paypass

MasterCard melancarkan kad prabayar iaitu "PayPass" untuk berlumba dengan Visa PayWave daripada VISA. Fungsinya sama semacam kad prabayar MEPS Cash dan Touch 'n Go (di mana hanya dengan sentuhan kad pada mesin, anda boleh membayar untuk produk atau perkhidmatan) tetapi diterima di seluruh dunia.